1.3
Pengkomputeran Awan (Cloud
Computing)
6.3.1 Teknologi Pengkomputeran Awan (Cloud
Computing)
Pengenalan
●
Pernahkah anda mendengar atau mengetahui mengenai pengkomputeran awan?
●
Adakah pengkomputeran awan bermaksud anda menjalankan kerja anda di awan
seperti gambarajah di bawah?
●
Bagaimanakan pengkomputeran awan membantu anda menjalankan tugas sebagai
pembantu makmal?
Definasi pengkomputeran
awan atau cloud computing ialah
pembangunan dan penggunaan teknologi komputer berasaskan internet. Pengkomputeran awan ialah satu kaedah
memanfaatkaan perkomputeran sebagai satu perkhidmatanan bukannya produk di mana
sumber, aplikasi dan maklumat yang disediakan dalam komputer atau peranti lain
(seperti iPhone, iPad, iPod, Android,
BlackBerry dan sebagainya) sebagai satu utiliti melalui rangkaian (internet). Pengguna tidak bergantung
kepada komputer tertentu sahaja atau tempat tertentu sahaja, sebaliknya boleh
menggunakan mana-mana komputer atau peranti mudah alih lain asalkan terdapat
capaian internet.
Pengkomputeran
awan adalah proses anda menggunakan internet sebagai tempat untuk
menyimpan segala data peribadi sama ada dokumen, gambar, lagu, rakaman suara
mahupun video. Proses pengkomputeran awan berlaku apabila anda
memuatnaik data-data milik anda kemudian data yang anda simpan itu
boleh dicapai dari tempat lain, komputer riba, komputer tablet atau dari mana-mana telefon
bimbit melalui sambungan internet.
Contoh terbaik untuk
memahami pengkomputeran awan ini ialah seperti 4shared di mana di dalam laman web ini beratus ribu
pengguna 4shared memuat naik (upload) lagu kesukaan mereka untuk
dikongsi bersama pengguna lain yang mereka langsung tidak kenal dan jumpa.
Pengguna lain yang menyukai lagu serupa mencapai laman 4shared, melihat lagu yang dimuat naik,
menyukai lalu memuat turun lagu tersebut dan memberikan kepada rakan-rakan
lain.
Aplikasi pengkomputeran
awan juga boleh digunakan secara individu atau dalam bilangan pengguna
yang ramai. Syarikat besar juga menggunakan pengkomputeran awan sebagai
ruang untuk para pekerja berkongsi data ketika sedang dalam usaha menyiapkan
sesuatu tugasan tanpa perlu bersua muka, berinteraksi dalam masa yang sama.
Mereka juga menggunakan pengkomputeran awan sebagai tempat simpanan sandaran
data penting, menjimatkan kertas, menjimatkan masa dan tenaga.
No comments:
Post a Comment