Monday, October 13, 2014

Kelemahan Pengkomputeran Awan




Kelemahan Pengkomputeran Awan
        i.            Keperluan internet
    Untuk menggunakan sistem pengkomputeran awan, selain perkakasan pengguna juga memerlukan capaian internet. Masalah akan timbul jika tiada capaian internet atau kurang stabil.
    Sekiranya sistem talian internet terganggu atau bermasalah, capaian data turut terganggu. Seterusnya menganggu aktiviti harian pengguna atau syarikat. 

      ii.            Keselamatan
    Masih tidak dapat dipastikan tahap keselamatan penggunaan pengkomputeran awan ini.
    Walaupun mempunyai kata laluan, ia boleh dipecah masuk oleh pengodam yang berkemahiran. 

    iii.            Ketidakpastian keadaan pelayan (server).  
    Oleh kerana pelayan di awan, masih terdapat ketidakpastian keadaan pelayan pengkomputeran awan. 

    Antara kemungkinan yang boleh terjadi ialah server down atau terlebih beban (overload).

Kelebihan Pengkomputeran Awan





Kelebihan Pengkomputeran Awan

        i.            Format dokumen yang sesuai (Compatible File Format)
    Aplikasi pemprosesan kata, hamparan kerja (spreadsheet) dan persembahan (presentation) juga boleh diperolehi melalui pengkomputeran awan. Contohnya Google Docs. 

      ii.            Meningkatkan prestasi dan kemampuan komputer
    Prestasi dan kemampuan komputer akan dapat dipertingkatkan apabila penggunaan pengkomputeran ini digunakan secara maksimum.

    iii.            Kebolehcapaian fail yang meluas.
    Pengkomputeran awan membolehkan sistem dicapai tidak mengira masa, lokasi dan peranti selagi pengguna mempunyai capaian Internet.   

    iv.            Kebolehpercayaan data penyimpanan
     Data penyimpanan disimpan di ruang 'awan'. 
     Boleh juga digunakan untuk mem'backup' data-data penting.  Satu di komputer dan satu lagi di awan. 
     Website menggunakan secured connection https

      v.            Ruang storan yang tiada had
    Pengguna atau syarikat boleh menyimpan sebanyak mana data/maklumat di ruang storan yang tiada had.

    vi.            Mengurangkan kos
    Bagi syarikat, kos pengurusan akan dapat dijimatkan dari segi perkongsian sumber yang boleh dibuat dikalangan staf atau pengguna - pengguna lain. 
    Tidak perlu membeli perkakasan atau server, aplikasi dan melatih pekerja untuk menguruskan server dan aplikasi tersebut.
    Pengguna juga tidak perlu untuk membayar pembelian atau penyelenggaraan perisian. 
    Kos bergantung kepada berapa banyak pemakaian dan perjanjian kontrak.  
    Dapat menjimatkan kertas, masa dan tenaga. 
    Kos juga dapat dijimatkan kerana tidak memerlukan kos penyelenggaraan perisian dan perkakasan. 

  vii.            Kolaborasi berkumpulan yang lebih mudah
    Fail atau dokumen juga boleh dikongsi dengan tanpa had bilangan pengguna. 
    Kemampuan sharing PC to PC audio dan video.

viii.            Sistem pengurusan dan operasi yang lebih mudah

    Data maklumat peribadi atau syarikat dapat disimpan, dipantau dan diatur dengan lebih mudah.

Contoh Aplikasi Pengkomputeran Awan

Contoh Aplikasi Pengkomputeran Awan
1)      Pixlr

Rajah 1.4

Alamat            www.pixlr.com
Kegunaan      :  Aplikasi suntingan imej
Kelebihan       :  Pengguna dapat menggunakan aplikasi ini secara optimum sepertimana
   aplikasi suntingan lain seperti Adobe Photoshop tanpa perlu memiliki
   sebuah komputer spesifikasi tinggi. 

Google Apps



                                                     Rajah 1.5
Alamat            http://www.google.com
Kegunaan      :  Pengguna boleh menggunakan beberapa aplikasi termasuk pemprosesan
kata, hamparan kerja (spreadsheet) dan persembahan (presentation) melalui Google Docs. Untuk menggunakan kemudahan Google Apps, pengguna perlu mempunyai akaun Google (Gmail).
Kelebihan     : 
                                                        i.            Pengguna boleh menghasilkan dokumen-dokumen tersebut melalui Internet tanpa install perisian dalam komputer.
                                                      ii.            Boleh dikongsi dengan pengguna lain melalui kaedah 'sharing'.
2)      Windows Live-Skydrive

Rajah 1.6

Alamat
                                   : http://www.skydrive.com.
              (Aplikasi ini untuk pengguna Hotmail)
Kegunaan dan kelebihan
                                                        i.            Kemudahan aplikasi Microsoft Office secara dalam talian.
                                                      ii.            Ruang penyimpanan (cloud storage) yang agak besar di internet iaitu Sky Drive.
                                                    iii.            Boleh kongsi fail dengan pengguna lain melalui kaedah sharing.

3)      Storan-Dropbox

Rajah 1.7
Alamat           :  http://www.dropbox.com
Kegunaan      : Satu servis penyimpanan atau storan yang menggunakan teknologi
  pengkomputeran awan sebagai nadinya. Ruang storan yang disediakan
  adalah 2 GB. 
Kelebihan     :
                                                        i.            Ruang storan yang besar iaitu 2GB.
                                                      ii.            Menjimatkan wang kerana tidak perlu membeli peranti storan.
Pengguna Dropbox ada fail backup (dua salinan fail) iaitu satu dalam komputer anda dan satu lagi di awan.
                                                    iii.            Boleh kongsi fail dengan pengguna lain.

                                                    iv.            Boleh akses melalui peranti mudah alih seperti BlackBerry, iPhone, Android dan iPad. Ini membolehkan anda mengakses dokumen anda bila-bila masa dan di mana-mana.

Perbezaan pengkomputeran awan dan hosting tradisional

Perbezaan pengkomputeran awan dan hosting tradisional ialah:


Pengkomputeran Awan
Perbandingan
Tradisional Hosting
Kos jualan mengikut permintaan. Biasanya mengikut minit dan jam.
1.      Kos
Melibatkan kos yang lebih tinggi kerana perlu menyediakan perkakasan, perisian dan penyelenggaraan.
Pengguna boleh membeli perkhidmatan pada bila-bila masa.
2.      Kebolehcapaian
Waktu tertentu sahaja. Contohnya waktu pejabat.
Perkhidmatan ini diuruskan sepenuhnya oleh pembekal vendor, pengguna hanya memerlukan internet dan komputer/tablet/smart phone sahaja.
3.      Pengurusan sistem
Perlu melibatkan banyak pihak dan memerlukan masa yang lebih lama.

Pengkomputeran Awan (Cloud Computing)

1.3              Pengkomputeran Awan (Cloud Computing)
6.3.1   Teknologi Pengkomputeran Awan (Cloud Computing)
Pengenalan

      Pernahkah anda mendengar atau mengetahui mengenai pengkomputeran awan?
      Adakah pengkomputeran awan bermaksud anda menjalankan kerja anda di awan seperti gambarajah di bawah?
      Bagaimanakan pengkomputeran awan membantu anda menjalankan tugas sebagai pembantu makmal?

Rajah 1.1 Gambaran Pengkomputeran Awan

Definasi pengkomputeran awan atau cloud computing ialah pembangunan dan penggunaan teknologi komputer berasaskan internet. Pengkomputeran awan ialah satu kaedah memanfaatkaan perkomputeran sebagai satu perkhidmatanan bukannya produk di mana sumber, aplikasi dan maklumat yang disediakan dalam komputer atau peranti lain (seperti iPhone, iPad, iPod, Android, BlackBerry dan sebagainya) sebagai satu utiliti melalui rangkaian (internet). Pengguna tidak bergantung kepada komputer tertentu sahaja atau tempat tertentu sahaja, sebaliknya boleh menggunakan mana-mana komputer atau peranti mudah alih lain asalkan terdapat capaian internet.

Pengkomputeran awan adalah proses anda menggunakan internet sebagai tempat untuk menyimpan segala data peribadi sama ada dokumen, gambar, lagu, rakaman suara mahupun video. Proses pengkomputeran awan berlaku apabila anda memuatnaik data-data milik anda kemudian data yang anda simpan itu boleh dicapai dari tempat lain, komputer riba, komputer tablet atau dari mana-mana telefon bimbit melalui sambungan internet.

Contoh terbaik untuk memahami pengkomputeran awan ini ialah seperti 4shared di mana di dalam laman web ini beratus ribu pengguna 4shared memuat naik (upload) lagu kesukaan mereka untuk dikongsi bersama pengguna lain yang mereka langsung tidak kenal dan jumpa. Pengguna lain yang menyukai lagu serupa mencapai laman 4shared, melihat lagu yang dimuat naik, menyukai lalu memuat turun lagu tersebut dan memberikan kepada rakan-rakan lain.

Aplikasi pengkomputeran awan juga boleh digunakan secara individu atau dalam bilangan pengguna yang ramai. Syarikat besar juga menggunakan pengkomputeran awan sebagai ruang untuk para pekerja berkongsi data ketika sedang dalam usaha menyiapkan sesuatu tugasan tanpa perlu bersua muka, berinteraksi dalam masa yang sama. Mereka juga menggunakan pengkomputeran awan sebagai tempat simpanan sandaran data penting, menjimatkan kertas, menjimatkan masa dan tenaga.



 Rajah 1.2 Aplikasi Pengkomputeran Awan

Penggunaan Emel

6.1  Penggunaan Emel
6.2.1 Bagaimana Mengakses E-mel Anda Dalam VLE Frog

1.      Untuk menggunakan emel di dalam VLE Frog anda boleh menggunakan URL VLE sekolah. Contoh : https://mba1018.1bestarinet.net
2.      Paparan login ini akan dipaparkan.


Rajah 1.1

3.      Gunakan YES ID VLE Frog yang telah diberikan oleh pihak Admin sekolah.
Contoh:
XXXXXXX@Yes.My dan katalaluan: xxxxxxxxxx

4.      Setelah anda login, di Frog Bar klik ikon Quick Launch


      Rajah 1.2





       
               
Rajah 1.3

5.      Quick Launch pada Frog Bar akan dipaparkan dan klik ikon Email. E-mel anda akan terbuka dalam tetingkap baru.
6.     
E-mel tersebut akan memaparkan Inbox anda secara automatik. Ini bermaksud, jika anda sudah pun berada dalam VLE Frog, anda tidak perlu lagi untuk log masuk ke dalam akaun e-mel anda.

Rajah 1.4



Cara membina Contacts Group




 6.2.2 Bagaimana untuk mengguna Contact Group semasa menghantar emel
1.      Karang satu e-mel
2.      Selain daripada anda ingin menghantar emel kepada seorang individu, anda juga boleh memasukkan Group Emel pada kotak teks TO.
3.      Gmail akan dihasilkan secara automatik alamat emel di kelompok itu.
Menambah Lampiran fail dalam emel
Langkah-langkah menyisip fail dalam Gmail:
1.      Dalam Gmail, klik butang Compose.
2.      Klik ikon klip kertas  seperti dibawah

Rajah 1.7
3.      Cari fail yang anda ingin lampirkan dalam emel di komputer anda.
4.      Klik buka (Open)
5.      Seterusnya fail yang telah dipilih boleh dihantar dengan menekan butang send.

Untuk menutup tetingkap e-mel, klik tanda X pada tab pelayar dan anda akan kembali ke tetingkap VLE Frog .



Rajah 1.8